Monday, May 18, 2009

Tanda-tanda anda terlalu lama bekerja kat Opis anda

1/ Guna tag elektronik pejabat anda di laluan 'touch n go' kat tol.

2/ Guna kad 'touch n go' untuk buka pagar elektronik di pintu pagar pejabat anda.

3/ Guna tag elektronik pejabat anda untuk buka pintu lif.

4/ Keluarkan duit 'untuk bayar tol' dan nak bagi kat abang security yang jaga kat pintu pagar pejabat anda 

5/ Mula-mula bawa berus gigi pi Opis, lepas tu bawa towel dgn bantal kecil, pas tu bawa baju persalinan.

6/ Lebih banyak tahu pasal keluarga member Opis daripada keluarga adik-beradik.

7/ Tidur mimpi Opis, Makan cerita pasal Opis, Melancong telepon Opis

8/ Barang-barang persendirian kat atas meja kalau disimpan dalam kotak bukannya sekotak tapi berkotak-kotak

Friday, May 15, 2009

Bersugi


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a; telah bersabda Rasulullah SAW, 'Jikalau bukan kerana mushaqah (aku pandang sebagai membebankan) atas umatku, nescaya aku suruh akan mereka bersugi ketika tiap-tiap sembahyang'. - HR Imam Tirmizi dan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Bersugi itu mensucikan mulut, meredhakan Tuhan (diredhai Allah SWT)'.

Bersugi atau membersihkan mulut semasa hendak solat amat dituntut oleh Islam. Nabi Muhammad SAW memandang serius terhadap soal menjaga kebersihan diri sehinggakan jika tidak kerana Baginda merasakan ianya akan membebankan umatnya, nescaya Baginda akan menyuruh kita membersihkan/menggosok gigi setiap kali hendak solat. 

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa mulut manusia sentiasa berbau (akibat daripada tindakbalas bakteria terhadap sisa makanan di dalam mulut) dan kita sememangnya tidak selesa apabila mulut kita berbau. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga kebersihan mulut kita apabila hendak berdepan dengan orang ramai. 

Oleh kerana itu juga, kita sepatutnya lebih teliti dalam menjaga kebersihan mulut apabila hendak berhadapan (yakni bersolat) dengan Allah SWT, lebih-lebih lagi bersugi adalah sunnah Rasulullah SAW.

Monday, April 27, 2009

Doa keluar tandas

Daripada Aishah r.a katanya, 'Apabila Rasulullah SAW keluar daripada tandas, baginda berdoa 'غُفْرَانَكَ' - Kami memohon ampun daripada Engkau'.

Ramai di antara kita tidak pernah memikirkan bahawa keupayaan membuang air sebenarnya satu nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Perkara ini dipandang remeh, kecuali bagi mereka yang mengalami masalah buasir atau sembelit atau terpaksa mengunakan alat untuk membuang air (terutamanya selepas pembedahan) akan merasakan betapa seksanya untuk qada' hajat.

Pembuangan toksin dari badan merupakan proses semulajadi bagi membolehkan manusia hidup dengan selesa dan sihat. Sebenarnya tiada rasa yang dapat dibayangkan atau perkataan yang dapat diucapkan oleh manusia untuk melahirkan tanda bersyukurnya kepada Allah SWT terhadap nikmat ini. 

Oleh kerana ketidakupayaan kita melahirkan rasa bersyukur itu, maka kita sebagai hamba Allah SWT yang bergantung sepenuhnya kepadaNya, patut memohon keampunan daripada Allah di atas ketidakupayaan tersebut.

Monday, April 13, 2009

Doa sebelum masuk tandas

Diriwayatkan daripada Anas Ibnu Malik ra, daripada Rasulullah SAW, 'Bahawa apabila Rasulullah SAW masuk ke dalam tandas, baginda berdoa: 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina' - HR Imam Tirmizi

Keterangan

Ada beberapa pendapat mengenai maksud syaitan jantan dan syaitan betina. Sesetengah Ulama berpendapat bahawa syaitan jantan dan syaitan betina adalah jin (yang menjadikan tandas tempat tinggal mereka)  dan ada yang mengatakan ianya kejahatan dan kemaksiatan.

Apapun pengertiannya, yang pasti syaitan jantan dan syaitan betina merupakan gangguan, perkara tidak elok yang boleh memudaratkan kita.

Kita semua tahu maksud dan penggunaan tandas. Malah di kawasan lapang dan di dalam semak juga dianggap sebagai tandas sekiranya digunakan untuk qada' hajat.

Kita hendaklah membaca doa ini, sebelum masuk ke dalam tandas. Sekiranya berada di kawasan terbuka seperti di dalam semak, di tepi sawah atau di padang, bacalah sewaktu membuka seluar atau mengangkat kain.

Islam itu sopan dan menyuruh umatnya menjaga kehormatan agama dan diri, oleh itu carilah tempat yang terselindung daripada pandangan orang semasa qad'a hajat di kawasan terbuka.

Kesimpulan

Doa ini tetap dibaca oleh Rasulullah SAW (seorang rasul dan baginda mendapat jaminan Allah SWT akan dilindungiNya) bagi memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan yang direjam, terutama semasa baginda masuk ke dalam tandas.

Apatah lagi kita manusia biasa, sudah pasti lebih memerlukan perlindungan Allah daripada gangguan jin, syaitan dan perkara yang mendatangkan kemudaratan.

Harus diingat bahawa walaupun kita berseorangan di dalam tandas, makhluk halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetap berkeliaran di sekeliling kita. Membaca doa ini akan menjadi pendinding bagi aurat kita dari pandangan jin.

Oleh itu, sebaik-baik permohonan kita kepada Allah SWT adalah sepertimana yang diajar Rasulullah SAW.

Thursday, April 9, 2009

Niat

Diriwayatkan daripada Umar ibnu Khattab ra, beliau berkata, 'Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesesungguhnya, segala amal itu dilakukan dengan niat. Dan sesungguhnya, seseorang itu akan mendapat apa yang diniatkannya. Oleh yang demikian, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrah itu untuk Allah dan rasulnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia (kerana status, perniagaan atau harta), maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu atau kerana ingin berkahwin dengan perempuan, dia akan mendapat sepertimana yang dihajatkan'. HR Sahih Bukhari dan Muslim

Keterangan

Niat membezakan perbuatan ibadat dengan perbuatan biasa dilakukan. Ianya menjadi kebiasaan untuk makan tengahari namun sekiranya semasa memulakan suapan pertama diniatkan di hati bahawa kita makan supaya mendapat berkat daripada Allah dan agar dapat mengerjakan solat zuhur dengan sempurna, maka ianya sudah diterima sebagai amalan oleh Allah SWT.

Rasullullah SAW memberi contoh jelas mengenai niat di dalam hadis di atas, iaitu semasa penghijrahan umat Islam ke Madinah. 

Kesimpulan

Oleh itu, disarankan bagi kita semua agar memulakan setiap perbuatan yang baik dengan niat, supaya perbuatan itu menjadi amalan yang diterima Allah.

Wednesday, April 8, 2009

Taman Fuad

I've a new blog called Taman Fuad. Fuad is my brother. He is the reason why I decide take up photography. So if you have the time, take a peek.
Thank you.

Sunday, April 5, 2009

Solat dan Sedekah

Daripada Abdullah Ibnu Omar ra: Beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah daripada khianat (hasil amalan buruk, rasuah, tipu-helah dan lain-lain) " -HR Sahih Bukhari dan Muslim-

Berkenaan dengan sembahyang

Maka jelaslah wuduk merupakan suatu perbuatan yang disyariatkan dengan tegas berdasarkan daripada hadis ini; ' Tiada diterima sembahyang fardu atau sunat dengan ketiadaan suci daripada hadas'. -HR Sahih Bukhari dan Muslim-

Dan menurut Imam Nawawi, 'Apabila difardhukan bersuci bagi solat maka haramlah solat tanpa bersuci'.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu hendak menunaikan solat fardhu atau sunat, dia mestilah suci daripada hadas, yakni dia wajib mengambil wuduk, sepertimana dalil di atas.

Berkenaan sedekah

Apabila berlaku khianat, bererti ada yang ditindas atau tertindas. Oleh itu, tidak diterima sedekah dari sumber yang diperolehi secara khianat seperti riba, mencuri, rasuah, judi, mengurangkan timbangan, pelacuran atau penipuan. 

Keterangan

Solat tanpa wuduk tidak diterima oleh Allah, begitu juga sedekah daripada sumber-sumber haram.

Let me help you release your stress

Have your tea and biscuits  with you, sit back and enjoy...

***

ATTORNEY: What gear were you in at the moment of the impact?

WITNESS: Gucci sweats and Reeboks.

***

ATTORNEY: Now doctor, isn't it true that when a person dies in his sleep, he doesn't know about it until the next morning?

WITNESS: Did you actually pass the bar exam?

***

ATTORNEY: The youngest son, the twenty-year-old, how old is he?

WITNESS: Uh, he's twenty.

***

ATTORNEY: Were you present when your picture was taken?

WITNESS: Are you shittin' me?

***

ATTORNEY: She had three children, right?

WITNESS: Yes.

ATTORNEY: How many were boys?

WITNESS: None.

ATTORNEY: Were there any girls?

WITNESS: Are you shittin' me? Your Honour, I think I need a different attorney. Can I get a new attorney?

***

ATTORNEY: Can you describe the individual?

WITNESS: He was about medium height and had a beard.

ATTORNEY: Was this a male or a female?

WITNESS: Guess.

***

ATTORNEY: Doctor, how many of your autopsies have you performed on dead people?

WITNESS: All my autopsies are performed on dead people. Would you like to rephrase that?

***

ATTORNEY: Do you recall the time that you examined the body?

WITNESS: The autopsy started around 8:30 p.m.

ATTORNEY: And Mr. Denton was dead at the time?

WITNESS: No, he was sitting on the table wondering why I was doing an autopsy on him!

***

ATTORNEY: Doctor, before you performed the autopsy, did you check for a pulse?

WITNESS: No.

ATTORNEY: Did you check for blood pressure?

WITNESS: No.

ATTORNEY: Did you check for breathing?

WITNESS: No.

ATTORNEY: So, then it is possible that the patient was alive when you began the autopsy?

WITNESS: No.

ATTORNEY: How can you be so sure, Doctor?

WITNESS: Because his brain was sitting on my desk in a jar.

ATTORNEY: I see, but could the patient have still been alive, nevertheless?

WITNESS: Yes, it is possible that he could have been alive and practicing law.

*** Excerpt from 'Disorder in the American Courts' 

Sunday, March 29, 2009

Kelebihan wuduk


Daripada Abu Hurairah ra, katanya:

Telah bersabda Rasullullah SAW, 'Apabila seorang hamba yang muslim (mukmin) berwuduk, maka dia membasuh mukanya, keluar daripada mukanya segala kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air wuduknya (atau titisan akhir air). Apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, keluar dari tangannya segala dosa yang telah dilakukan oleh kedua-duanya bersama air wuduk (titisan akhir air). Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, keluar darinya segala dosa yang telah dilalui bersama titisan air wuduk (titisan akhir air), sehingga dia keluar sebagai orang yang bersih dari dosa-dosa.' - HR Sahih Muslim -

Keterangan

Apabila seseorang itu membasuh muka, maka gugurlah/terhapuslah segala dosa yang dilakukan oleh kedua matanya, bersama titisan air tersebut. Dan apabila dia membasuh kedua tangannya, maka gugurlah/terhapuslah segala dosa yang dilakukan oleh kedua tangannya, bersama titisan air tersebut.

Maka, bersihlah dia daripada dosa-dosa yang telah dilakukan oleh kedua anggota badannya itu.

*** Mengikut para ulama, terhapuslah dosa-dosa kecil, adapun dosa-dosa besar perlu kepada taubat.