Sunday, April 5, 2009

Solat dan Sedekah

Daripada Abdullah Ibnu Omar ra: Beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah daripada khianat (hasil amalan buruk, rasuah, tipu-helah dan lain-lain) " -HR Sahih Bukhari dan Muslim-

Berkenaan dengan sembahyang

Maka jelaslah wuduk merupakan suatu perbuatan yang disyariatkan dengan tegas berdasarkan daripada hadis ini; ' Tiada diterima sembahyang fardu atau sunat dengan ketiadaan suci daripada hadas'. -HR Sahih Bukhari dan Muslim-

Dan menurut Imam Nawawi, 'Apabila difardhukan bersuci bagi solat maka haramlah solat tanpa bersuci'.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu hendak menunaikan solat fardhu atau sunat, dia mestilah suci daripada hadas, yakni dia wajib mengambil wuduk, sepertimana dalil di atas.

Berkenaan sedekah

Apabila berlaku khianat, bererti ada yang ditindas atau tertindas. Oleh itu, tidak diterima sedekah dari sumber yang diperolehi secara khianat seperti riba, mencuri, rasuah, judi, mengurangkan timbangan, pelacuran atau penipuan. 

Keterangan

Solat tanpa wuduk tidak diterima oleh Allah, begitu juga sedekah daripada sumber-sumber haram.

No comments:

Post a Comment