Monday, April 27, 2009

Doa keluar tandas

Daripada Aishah r.a katanya, 'Apabila Rasulullah SAW keluar daripada tandas, baginda berdoa 'غُفْرَانَكَ' - Kami memohon ampun daripada Engkau'.

Ramai di antara kita tidak pernah memikirkan bahawa keupayaan membuang air sebenarnya satu nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Perkara ini dipandang remeh, kecuali bagi mereka yang mengalami masalah buasir atau sembelit atau terpaksa mengunakan alat untuk membuang air (terutamanya selepas pembedahan) akan merasakan betapa seksanya untuk qada' hajat.

Pembuangan toksin dari badan merupakan proses semulajadi bagi membolehkan manusia hidup dengan selesa dan sihat. Sebenarnya tiada rasa yang dapat dibayangkan atau perkataan yang dapat diucapkan oleh manusia untuk melahirkan tanda bersyukurnya kepada Allah SWT terhadap nikmat ini. 

Oleh kerana ketidakupayaan kita melahirkan rasa bersyukur itu, maka kita sebagai hamba Allah SWT yang bergantung sepenuhnya kepadaNya, patut memohon keampunan daripada Allah di atas ketidakupayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment