Friday, May 15, 2009

Bersugi


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a; telah bersabda Rasulullah SAW, 'Jikalau bukan kerana mushaqah (aku pandang sebagai membebankan) atas umatku, nescaya aku suruh akan mereka bersugi ketika tiap-tiap sembahyang'. - HR Imam Tirmizi dan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Bersugi itu mensucikan mulut, meredhakan Tuhan (diredhai Allah SWT)'.

Bersugi atau membersihkan mulut semasa hendak solat amat dituntut oleh Islam. Nabi Muhammad SAW memandang serius terhadap soal menjaga kebersihan diri sehinggakan jika tidak kerana Baginda merasakan ianya akan membebankan umatnya, nescaya Baginda akan menyuruh kita membersihkan/menggosok gigi setiap kali hendak solat. 

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa mulut manusia sentiasa berbau (akibat daripada tindakbalas bakteria terhadap sisa makanan di dalam mulut) dan kita sememangnya tidak selesa apabila mulut kita berbau. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga kebersihan mulut kita apabila hendak berdepan dengan orang ramai. 

Oleh kerana itu juga, kita sepatutnya lebih teliti dalam menjaga kebersihan mulut apabila hendak berhadapan (yakni bersolat) dengan Allah SWT, lebih-lebih lagi bersugi adalah sunnah Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment