Sunday, March 29, 2009

Kelebihan wuduk


Daripada Abu Hurairah ra, katanya:

Telah bersabda Rasullullah SAW, 'Apabila seorang hamba yang muslim (mukmin) berwuduk, maka dia membasuh mukanya, keluar daripada mukanya segala kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air wuduknya (atau titisan akhir air). Apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, keluar dari tangannya segala dosa yang telah dilakukan oleh kedua-duanya bersama air wuduk (titisan akhir air). Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, keluar darinya segala dosa yang telah dilalui bersama titisan air wuduk (titisan akhir air), sehingga dia keluar sebagai orang yang bersih dari dosa-dosa.' - HR Sahih Muslim -

Keterangan

Apabila seseorang itu membasuh muka, maka gugurlah/terhapuslah segala dosa yang dilakukan oleh kedua matanya, bersama titisan air tersebut. Dan apabila dia membasuh kedua tangannya, maka gugurlah/terhapuslah segala dosa yang dilakukan oleh kedua tangannya, bersama titisan air tersebut.

Maka, bersihlah dia daripada dosa-dosa yang telah dilakukan oleh kedua anggota badannya itu.

*** Mengikut para ulama, terhapuslah dosa-dosa kecil, adapun dosa-dosa besar perlu kepada taubat. 

     

3 comments:

  1. salam. tahniah kerana anda memanfaatkan kemajuan teknologi. syabas.

    ReplyDelete
  2. salam lee..
    tahniah.. welcome to dunia penulisan. heheh
    btw.. buatlar shout box. boleh buat mesyuarat tingkap..

    ReplyDelete
  3. salam.
    sembahyang adalah perjumpaan dengan Allah,berhenti di hadapannya dan berbisik kepada nya.oleh itu,untuk semua ini diperlukan persiapan-persiapannya,dan harus dilakukan penyucian fizik yang diiringi dengan persiapan ruhani,kerana itu wajiblah berwudhu; Ilmu yang sebenarnya disisi Allah jua.;

    ReplyDelete