Monday, May 18, 2009

Tanda-tanda anda terlalu lama bekerja kat Opis anda

1/ Guna tag elektronik pejabat anda di laluan 'touch n go' kat tol.

2/ Guna kad 'touch n go' untuk buka pagar elektronik di pintu pagar pejabat anda.

3/ Guna tag elektronik pejabat anda untuk buka pintu lif.

4/ Keluarkan duit 'untuk bayar tol' dan nak bagi kat abang security yang jaga kat pintu pagar pejabat anda 

5/ Mula-mula bawa berus gigi pi Opis, lepas tu bawa towel dgn bantal kecil, pas tu bawa baju persalinan.

6/ Lebih banyak tahu pasal keluarga member Opis daripada keluarga adik-beradik.

7/ Tidur mimpi Opis, Makan cerita pasal Opis, Melancong telepon Opis

8/ Barang-barang persendirian kat atas meja kalau disimpan dalam kotak bukannya sekotak tapi berkotak-kotak

Friday, May 15, 2009

Bersugi


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a; telah bersabda Rasulullah SAW, 'Jikalau bukan kerana mushaqah (aku pandang sebagai membebankan) atas umatku, nescaya aku suruh akan mereka bersugi ketika tiap-tiap sembahyang'. - HR Imam Tirmizi dan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Bersugi itu mensucikan mulut, meredhakan Tuhan (diredhai Allah SWT)'.

Bersugi atau membersihkan mulut semasa hendak solat amat dituntut oleh Islam. Nabi Muhammad SAW memandang serius terhadap soal menjaga kebersihan diri sehinggakan jika tidak kerana Baginda merasakan ianya akan membebankan umatnya, nescaya Baginda akan menyuruh kita membersihkan/menggosok gigi setiap kali hendak solat. 

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa mulut manusia sentiasa berbau (akibat daripada tindakbalas bakteria terhadap sisa makanan di dalam mulut) dan kita sememangnya tidak selesa apabila mulut kita berbau. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga kebersihan mulut kita apabila hendak berdepan dengan orang ramai. 

Oleh kerana itu juga, kita sepatutnya lebih teliti dalam menjaga kebersihan mulut apabila hendak berhadapan (yakni bersolat) dengan Allah SWT, lebih-lebih lagi bersugi adalah sunnah Rasulullah SAW.