Monday, January 4, 2010

Brand New Year Brand New Decade Brand New Resolution

Hello blog, I’m back. A lot of things have happened since the last time I spent my time writing here. Now that it’s the brand new year in a brand new decade, thought I continued with what I started.

I’m not a good writer, never was and most probably never will be but what the heck. Everybody needs an outlet, might as well let it out where the whole world can read you (not that the whole world will read this but at least...) 

By the way, please forgive me if there are too many grammar mistakes here (me don’t speak nor write good English... sorry). 

So to start off the new year (technically the 4th day of 2010), I’ve decided to write both in Bahasa Malaysia and English... sort of kill several birds with one stone. 

1st bird – I can improve my English and 2nd bird – I can improve my Bahasa Malaysia thus giving me the 3rd bird – improve my writing skills.

Don’t worry blog; there will be no killings of fluffy furry cute animals.

 

Monday, May 18, 2009

Tanda-tanda anda terlalu lama bekerja kat Opis anda

1/ Guna tag elektronik pejabat anda di laluan 'touch n go' kat tol.

2/ Guna kad 'touch n go' untuk buka pagar elektronik di pintu pagar pejabat anda.

3/ Guna tag elektronik pejabat anda untuk buka pintu lif.

4/ Keluarkan duit 'untuk bayar tol' dan nak bagi kat abang security yang jaga kat pintu pagar pejabat anda 

5/ Mula-mula bawa berus gigi pi Opis, lepas tu bawa towel dgn bantal kecil, pas tu bawa baju persalinan.

6/ Lebih banyak tahu pasal keluarga member Opis daripada keluarga adik-beradik.

7/ Tidur mimpi Opis, Makan cerita pasal Opis, Melancong telepon Opis

8/ Barang-barang persendirian kat atas meja kalau disimpan dalam kotak bukannya sekotak tapi berkotak-kotak

Friday, May 15, 2009

Bersugi


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a; telah bersabda Rasulullah SAW, 'Jikalau bukan kerana mushaqah (aku pandang sebagai membebankan) atas umatku, nescaya aku suruh akan mereka bersugi ketika tiap-tiap sembahyang'. - HR Imam Tirmizi dan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Bersugi itu mensucikan mulut, meredhakan Tuhan (diredhai Allah SWT)'.

Bersugi atau membersihkan mulut semasa hendak solat amat dituntut oleh Islam. Nabi Muhammad SAW memandang serius terhadap soal menjaga kebersihan diri sehinggakan jika tidak kerana Baginda merasakan ianya akan membebankan umatnya, nescaya Baginda akan menyuruh kita membersihkan/menggosok gigi setiap kali hendak solat. 

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa mulut manusia sentiasa berbau (akibat daripada tindakbalas bakteria terhadap sisa makanan di dalam mulut) dan kita sememangnya tidak selesa apabila mulut kita berbau. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga kebersihan mulut kita apabila hendak berdepan dengan orang ramai. 

Oleh kerana itu juga, kita sepatutnya lebih teliti dalam menjaga kebersihan mulut apabila hendak berhadapan (yakni bersolat) dengan Allah SWT, lebih-lebih lagi bersugi adalah sunnah Rasulullah SAW.

Monday, April 27, 2009

Doa keluar tandas

Daripada Aishah r.a katanya, 'Apabila Rasulullah SAW keluar daripada tandas, baginda berdoa 'غُفْرَانَكَ' - Kami memohon ampun daripada Engkau'.

Ramai di antara kita tidak pernah memikirkan bahawa keupayaan membuang air sebenarnya satu nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Perkara ini dipandang remeh, kecuali bagi mereka yang mengalami masalah buasir atau sembelit atau terpaksa mengunakan alat untuk membuang air (terutamanya selepas pembedahan) akan merasakan betapa seksanya untuk qada' hajat.

Pembuangan toksin dari badan merupakan proses semulajadi bagi membolehkan manusia hidup dengan selesa dan sihat. Sebenarnya tiada rasa yang dapat dibayangkan atau perkataan yang dapat diucapkan oleh manusia untuk melahirkan tanda bersyukurnya kepada Allah SWT terhadap nikmat ini. 

Oleh kerana ketidakupayaan kita melahirkan rasa bersyukur itu, maka kita sebagai hamba Allah SWT yang bergantung sepenuhnya kepadaNya, patut memohon keampunan daripada Allah di atas ketidakupayaan tersebut.

Monday, April 13, 2009

Doa sebelum masuk tandas

Diriwayatkan daripada Anas Ibnu Malik ra, daripada Rasulullah SAW, 'Bahawa apabila Rasulullah SAW masuk ke dalam tandas, baginda berdoa: 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina' - HR Imam Tirmizi

Keterangan

Ada beberapa pendapat mengenai maksud syaitan jantan dan syaitan betina. Sesetengah Ulama berpendapat bahawa syaitan jantan dan syaitan betina adalah jin (yang menjadikan tandas tempat tinggal mereka)  dan ada yang mengatakan ianya kejahatan dan kemaksiatan.

Apapun pengertiannya, yang pasti syaitan jantan dan syaitan betina merupakan gangguan, perkara tidak elok yang boleh memudaratkan kita.

Kita semua tahu maksud dan penggunaan tandas. Malah di kawasan lapang dan di dalam semak juga dianggap sebagai tandas sekiranya digunakan untuk qada' hajat.

Kita hendaklah membaca doa ini, sebelum masuk ke dalam tandas. Sekiranya berada di kawasan terbuka seperti di dalam semak, di tepi sawah atau di padang, bacalah sewaktu membuka seluar atau mengangkat kain.

Islam itu sopan dan menyuruh umatnya menjaga kehormatan agama dan diri, oleh itu carilah tempat yang terselindung daripada pandangan orang semasa qad'a hajat di kawasan terbuka.

Kesimpulan

Doa ini tetap dibaca oleh Rasulullah SAW (seorang rasul dan baginda mendapat jaminan Allah SWT akan dilindungiNya) bagi memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan yang direjam, terutama semasa baginda masuk ke dalam tandas.

Apatah lagi kita manusia biasa, sudah pasti lebih memerlukan perlindungan Allah daripada gangguan jin, syaitan dan perkara yang mendatangkan kemudaratan.

Harus diingat bahawa walaupun kita berseorangan di dalam tandas, makhluk halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetap berkeliaran di sekeliling kita. Membaca doa ini akan menjadi pendinding bagi aurat kita dari pandangan jin.

Oleh itu, sebaik-baik permohonan kita kepada Allah SWT adalah sepertimana yang diajar Rasulullah SAW.

Thursday, April 9, 2009

Niat

Diriwayatkan daripada Umar ibnu Khattab ra, beliau berkata, 'Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesesungguhnya, segala amal itu dilakukan dengan niat. Dan sesungguhnya, seseorang itu akan mendapat apa yang diniatkannya. Oleh yang demikian, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrah itu untuk Allah dan rasulnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia (kerana status, perniagaan atau harta), maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu atau kerana ingin berkahwin dengan perempuan, dia akan mendapat sepertimana yang dihajatkan'. HR Sahih Bukhari dan Muslim

Keterangan

Niat membezakan perbuatan ibadat dengan perbuatan biasa dilakukan. Ianya menjadi kebiasaan untuk makan tengahari namun sekiranya semasa memulakan suapan pertama diniatkan di hati bahawa kita makan supaya mendapat berkat daripada Allah dan agar dapat mengerjakan solat zuhur dengan sempurna, maka ianya sudah diterima sebagai amalan oleh Allah SWT.

Rasullullah SAW memberi contoh jelas mengenai niat di dalam hadis di atas, iaitu semasa penghijrahan umat Islam ke Madinah. 

Kesimpulan

Oleh itu, disarankan bagi kita semua agar memulakan setiap perbuatan yang baik dengan niat, supaya perbuatan itu menjadi amalan yang diterima Allah.

Wednesday, April 8, 2009

Taman Fuad

I've a new blog called Taman Fuad. Fuad is my brother. He is the reason why I decide take up photography. So if you have the time, take a peek.
Thank you.